Chambers

Tuesday, November 23, 2010

Banyak lagi perlu kita belajar.

"Kau tahu cara kau lansung tak islamic"
"Nak jadi peguam syariah,kau kata? HA-HA"
"Ni mcam aku baru ada gaya,kau mimpi~"


Stereotype yang alah bisa tegar biasa bagi aku.
Pertama kali dengar,makan dalam,betul.
Dua tiga kali dengar, 
aku senyum saja.
Diam dan dengar lagi.

Aku perhati,
Mereka mengkritik, mencerca golongan free hair,
yang pakai tudung tak betul.
Kebanyakan perempuan lah.
Betul lah tu,sebab nanti ramai ahli neraka ;
perempuan.

Pelik,
Yelah,pengetahuan agama aku tak lah sedalam mana.
Tapi seingat aku perbuatan mengumpat itu juga dosa.
Kenapa diri sendiri mereka tak cerca?
Kenapa tak tegur depan depan,
kenapa mesti mengata di belakang?
Aku senyum,
diam dan dengar lagi.

"Dia tu hari hari keluar dating"
"Confirm buat maksiat"
"Dah la mencarut tak kena gaya"
"Jangan haraplah nak masuk syurga"

Aku nak senyum tapi,
pahit terasa.
Dalam hati aku tertanya,
Jika terkhilaf memang pasti neraka kah nanti?
Jika sekarang ini aku jahat neraka kah nanti?
Yang dikutuk itu,
pasti neraka kah nanti?

Aku pelik,
bagaimana mereka ini begitu pasti.
dalam sangat kah ilmu mereka ini?
Sampai dapat melihat ke depan.
Neraka atau syurga tempatnya nanti.

Mereka ini,dulu ustazah tidak pernah cerita kah?
Tentang kisah dua beradik.
Yang jahat dan yang ulama.
Yang ajalnya usai setelah niat masing masing tergerak.
Tak belajar kah mereka tentang dosa umpatan dan fitnah?
Tak tahu kah mereka jenis jenis riak?

Jadi kenapa kau membisu,Fynn?
*giggles*
Aku siapa,nak jadi peguam syariah pun tak layak,bukan?

Aku ambil dua pengajaran kisah ini;
Satu, jangan kau pandang jelik orang lain,kerana amal ibadatnya bukan pada pengetahuan kau.
Dua; jangan kau riak takbur memikirkan diri kau sudah lebih bagus dari yang lain.

4 comments:

chenta said...

totally agree!give me five la fynn ^_^

sy mmg tak suka org yg suka judge luaran ni...tak semestinya org yg jht/tak baik tu, akan sampai bila2 mcm tu...

Fynn said...

@chenta
kan!asal nak cari salah org je diorang nih.haih
mcm diri cukup sempurna lah~

*high 5!*

FarhanaBekeri said...

manusia memang macam2 kan!
btw..jom jadik peguam syariah sama2!!!
btw. blog ko best doe.
ehem.n dat mr.curly! <3

Fynn said...

@phana
nak ubah cara orang susah,
jd ubah diri sendiri jelah.
jom jom!
ajar aku b arab nanty babeh!hehe

mr curly?sudah boleh jalan.hehe
blog kau pon the bomb! ;)