Chambers

Tuesday, November 30, 2010

I just rape the replay button.


Lagu ni best dan maksudnya dalam.
Selamat mendengar.


Macam mana nak define everlasting friendship?
dengan gathering yang semata nak tayang di fb kah?
dengan selalu lepak bersama,
texting dan asyik on phone.
Itukah cara kita bela persahabatan?

Hati terasa bila ingat janji sekolah menengah dulu dulu.
Konon kita kawan sampai mati.
Sekarang?
Kau asyik dengan mereka,
yang dapat keluar selalu,
yang selalu 'in' dengan semua.
yang selalu in touch.

Ini semua klise as it may seems.
dulu yang janji 5 juta,
yang stay kini 2,3.

Untuk yang tinggal,terima kasih.
Sebab erti kawan tu menjangkau salah faham,
melawan sengketa kita,
dan tak pernah henti dengar ngilai tawa realistik.


Cupcakes untuk 2017.

"Ai dah pandai buat cuppies la you"
*senyum gedik*
*kedip kedip*




"dengan coleslaw pun!Meaning,dah ada dessert dan appetizer untuk kita nanti :)"

Untuk recipe and how to,kelik read more,okai?

Sunday, November 28, 2010

Cuti semester.

Paper last haritu, ialah paper paling killer = Tort

"Okay,time's up.Berhenti menjawab."



Sangat semangat untuk meninggalkan UiTM.Oh La La~



Cuti lama ingatkan nak buat benda berfaedah~
Sampai je di rumah, aku menuju ke tempat paling secure dan heaven on earth.



Selang beberapa minggu, selama ni kejadah aku... 

Yes,be yourself.Betul tu.

*kening kening*

Saturday, November 27, 2010

Obviously kau tak pernah pergi pasar malam~

Nonono...bukan bag RM5 yang kita biasa nampak jual kat Watson tu.

ini Longchamp's.

Price?

RM 380.

Fynn,kau PERLU terima kenyataan bahawa bukan semua orang suka beli barang kat pasar malam atau Chow Kit atau pun Jalan Masjid India macam kau. Walaupun barang-barang tu lebih kurang je fungsi dan bentuknya, kalau ada brand tu kasi lagi umphhh. 


Fionnne!
Kalau takde orang macam aku, tak boleh cari makan la mak cik pak cik pasar malam tu weh!
Biar lah aku sorang cengeng pergi sokong barangan Mesia!
Malaysia boleh!!yeeha. :|

RM 380-RM 5 = RM375

Duit balance boleh la derma kat orang Palestin sinun sikit.
lalala~

F thing.

yes,
from the very littlest thing.

Friday, November 26, 2010

Untuk orang orang serba salah macam aku.

Ini play,baru baca.
Kalau tak,feel kosong sayang,
kosong.




Hari hari kita berlawan,
cuma kau sedar atau tak je.
Berlawan dengan apa?
Yang tu kau kena fikir sendiri.

Kadang kadang dalam hidup,
kita nak buat ini,
tapi takut orang pandang pelik,
takut orang kata kolot,
nanti orang kata tak maju,
nanti kena gelak,
takut orang cakap radikal.
Susah,aku tahu.

Sebab pentingkan sangat apa orang kata,
kita ikut jadi kaum majoriti.
Padahal nanti yang untung,
yang secalit itu.

Kena hina,
kena jelek,
sekejap saja.
Jangan jadi bodoh,
dusta terang jangan nak percaya.


Mari kita langkah satu satu.
Biar lambat,
jangan tersadai tengah jalan.

Tuesday, November 23, 2010

Banyak lagi perlu kita belajar.

"Kau tahu cara kau lansung tak islamic"
"Nak jadi peguam syariah,kau kata? HA-HA"
"Ni mcam aku baru ada gaya,kau mimpi~"


Stereotype yang alah bisa tegar biasa bagi aku.
Pertama kali dengar,makan dalam,betul.
Dua tiga kali dengar, 
aku senyum saja.
Diam dan dengar lagi.

Aku perhati,
Mereka mengkritik, mencerca golongan free hair,
yang pakai tudung tak betul.
Kebanyakan perempuan lah.
Betul lah tu,sebab nanti ramai ahli neraka ;
perempuan.

Pelik,
Yelah,pengetahuan agama aku tak lah sedalam mana.
Tapi seingat aku perbuatan mengumpat itu juga dosa.
Kenapa diri sendiri mereka tak cerca?
Kenapa tak tegur depan depan,
kenapa mesti mengata di belakang?
Aku senyum,
diam dan dengar lagi.

"Dia tu hari hari keluar dating"
"Confirm buat maksiat"
"Dah la mencarut tak kena gaya"
"Jangan haraplah nak masuk syurga"

Aku nak senyum tapi,
pahit terasa.
Dalam hati aku tertanya,
Jika terkhilaf memang pasti neraka kah nanti?
Jika sekarang ini aku jahat neraka kah nanti?
Yang dikutuk itu,
pasti neraka kah nanti?

Aku pelik,
bagaimana mereka ini begitu pasti.
dalam sangat kah ilmu mereka ini?
Sampai dapat melihat ke depan.
Neraka atau syurga tempatnya nanti.

Mereka ini,dulu ustazah tidak pernah cerita kah?
Tentang kisah dua beradik.
Yang jahat dan yang ulama.
Yang ajalnya usai setelah niat masing masing tergerak.
Tak belajar kah mereka tentang dosa umpatan dan fitnah?
Tak tahu kah mereka jenis jenis riak?

Jadi kenapa kau membisu,Fynn?
*giggles*
Aku siapa,nak jadi peguam syariah pun tak layak,bukan?

Aku ambil dua pengajaran kisah ini;
Satu, jangan kau pandang jelik orang lain,kerana amal ibadatnya bukan pada pengetahuan kau.
Dua; jangan kau riak takbur memikirkan diri kau sudah lebih bagus dari yang lain.

Wednesday, November 10, 2010

Mati lah T-T

I just broke my laptop punya screen.
shoot.
matilah matilah.
why,God,why.

i need help :(

Ini hari aku bengang.


plus PMS.
and,Selamat jalan Mr Curly.

Monday, November 8, 2010

Aku tak beli sandiwara tepi jalan.

Kalau kau fikir kau bisa kiri kanan main drama,
kau betul.
tapi kalau kau fikir aku tonton drama kau macam filem 5 bintang,
kau silap,sayang.

bila namapun cerekarama,
aku harap kau tak mengharap akan kebenaran.
kenapa kau tanya aku?
orang tak bikin filem tentang realiti,orang cipta fantasi.

Jadi,bila kau buat aku sebagai watak pipih dalam kisah dunia pari pari kau ini,
skrip nya,aku yang tulis.
mungkin depan kamera kau lah teraju utama,
bangga menghayun langkah di apit dua si polan,
walhal aku yang di tanah,
merangkak rangkak,
kononnya terima balasan.

tapi bila waktu siaran tamat,
kau lupakan,apa yang jadi?
atau kau lupa skrip?

aku bikin kisah yang ada kitaran,
yang ada nyawa,
yang ada turun naik,
jatuh bangkit.
bukan mendatar dan cliche.

Perlu aku jerit 'cut' untuk kau,sayang?

Thursday, November 4, 2010

Jealousy boleh membunuh!

but in my case,
buat aku ketawa terguling-guling!
HAHA

Nak tahu kenapa?
Meh nak cerita,pendek je,jangan risau.

Tadi aku stalk FB Mr Curly kesayangan...

*kening kening*

and aku nampak dia ada write on this girl wall.
urghhh.
YES.berapi rapi aku nampak weh.jealous nak mati,FYI!
siapakah perempuan ini?so aku kelik.

Kau tahu apa mr curly tulis?

"Fuhhh,ayunye~~~lame tak jumpe^^"

And i was like;

WHAT THE HECK!

Hati siapa tak panas,bang.
Okay,honestly masa tu terus aku fikir;

Bongek punya mr curly!punya lah tak setia,gatal pulak tuh.pffttt
Nak give up and cari org baru!huhhh

Then,makin lama aku tenung perempuan ni(selain drpd rasa nak bakar je) aku rasa macam ada something wrong somewhere.
Okay,tak sanggup nak upload and tunjuk kat korg~~~
Nanti tak pasal aku kena sue!

Then aku tengok page dia,and aku nampak ini:

itu dia,Fynn....
Lesson learnt.Tak larat nak gelak guling guling dah ni.
Korang pun,jangan nak cemburu buta ye,nanti malu sendiri macam aku.
Yet another side of mr curly yang adorkable!
I love synical.

Oh!oh!Berminat dengan fan page tersebut?
Sini kelik : TakSalahAsalkanTakUbahFitrah,syggg

Wednesday, November 3, 2010

Melting like a caramel ♥

Stalkers,
by this i mean Shaa&Izan and Chally, and those unknowns.


He said sorry for the long no reply phase.
from the bottom of his heart.

and,
just like that

aku dapat bunga api.

I hate kissing butts.

What is wrong with being yourself?
What is not good in stating out your opinion?
What is awful rather then not being able to be yourself?


Monday, November 1, 2010

Periksa hati aku,tolong?

I'm trying to stay put.
Jangan hingar boleh?
Ouh,jangan bising,boleh?

Eh,kejap.
Tahniah Negeri Sembilan!
Nombor dua,tu!
Eh,SALAH,
ni ha jang
Happy Halloween kepada yg celebrate yaw!

*mood serius semula*

okay,aku nak mula jiwang now,anda,anda dan anda,
boleh berhenti sini.sekian terima kaseh.

Hati aku tengah gila teringat seseorang 
ya,lelaki yang aku gelar mr curly itu.
lelaki yang aku suka,
yang aku nak mengurat ngurat tu.

*cukup keji tak,ayat ni?*
*garu kepala*

siapa cakap aku jatuh cinta?
please.
ini realiti,jangan nak buat lawak.

sudah lebih kurang,
8 hari 5 jam 47 minit 67 saat 3 detik.
aku tunggu dia balas utusan milineum aku.
it sucks.

*ahem*

aku sedar ini minggu final exam,
dia tak online,jadi tiada balasan.
bodoh,mana aku nak cari nombor telefon bimbit dia?

Masih ingat post TerimaKasehUntukSemalam dulu?
itu untuk mr curly.
aku nampak kelemahan dia yang buat dia jadi manusia paling hebat yang pernah aku jumpa,
of course with the clothes on,silly pervert.

Selama ni,properties lelaki idaman aku,
mesti kaya,
sebab cinta dah tak laku sekarang.
mesti chubby,
ini untuk save cost beli bantal peluk.
mesti lagi tua,
percayalah cakap aku,kita perempuan matured 5 tahun advance.
mesti lagi pandai dari aku.
supaya nanti aku cakap dia faham.
kalau boleh nak chef,
ye sebab aku buta memasak.
doctor pun ok.
engineer ke~
tapi bukan sama kos.
aku tak berapa nak ada
nafsu
pada lelaki lelaki yg ambil jurusan
undang undang.
kenapa,jangan tanya.


aku nampak mr curly dulu,
kemeja putih hitam.
tinggi,
tinggi
dan tinggi
DAN
tinggi.
kurus,
senior,
sama kos,
pandai,
tua dua tahun dari aku.

bukan Mr Perfect aku.
tapi,
boleh jadi Mr Right tak?

Sekarang dah angau.
Aku lah.
Dia?
Entah.

Dia tu macam menara,macam bunga api.
Lihat aku,
lagi pandang,
dalam dalam.
kaki lima dan mercun bawang.

faham?

Aku bukan Elastic Girl,
tangan aku tak sampai kalau nak sentuh menara tinggi tinggi.
Dulu
 aku pernah letak kabat
dari sekotak mercun bawang tu dalam tisu
dan campak,
Kentut aku bunyi kuat lagi.
Bunga api,boleh pekak bunyinya,dah la lawa,
tak busuk macam kentut.

Aina kata aku clice bila aku cuba aim crush baru,
aku rasa dia sangat worth it untuk aku kejar sana sini,
dan aku akan menyesal macam Ressa Herlambang kalau aku lepas pergi.

Tapi,
SATU
aku tak mahu aku jadi spoil spot dia.
Aku takut nak sentuh dia.
bukan literally!
literally lagilah aku takut,sengal.
HARAM!
aaaaahhh!

*rosak otak aku*

DUA
aku takut nak sentuh dalaman dia.
No,bukan organ.
hati,perasaan,segala.
aku tengok dia macam anak anjing sesat a lost puppy,
mata besar bersinar-sinar,
naif lagi.
TIGA
let's face it,
apa kelayakan aku?
none,zero,kosong,tiada.

menggelikan hati,
aku tulis seolah olah perasaan suka itu mutual.
aku yang syok sendiri.
Aina cakap,
"mana kau tahu kau tak trigger perasaan tu?"
mungkin.
kalau ada,baguslah.
tapi mungkin hanya seronok ada peminat.
aku pun dia tak kenal.
entah entah dia salah orang.

aku suka langit malam,
dia sampai tertidur tatap bintang.
aku dan kucing,satu bahagian,
dia lebih dari itu.
tak bermakna kami ditakdirkan satu.
tak juga bermakna tidak.

apa ni?
perlu kah aku terhegeh hegeh lagi
atau
mula kembali ke bumi.

bagi ubat,aku nak makan buat pertama kalinya secara rela.