Chambers

Friday, May 7, 2010

Setakat group di Facebook je...


Ok,sekian lama i've been writing non serious stuff and it bored me. and yes,obviously ironic dengan jurusan aku.pffttt...bukan kau dapat 4 rata pun,Fynn!aigoo...baiklah!aku rasa kes ni tersangatlah famous amos di Malaysia sekarang.Di Facebook apetah lagi.Yes,tepat sekali! Kes arwah adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh POLIS tak berapa lama dulu...Bagi yang malas nak tengok berita, baca paper macam aku, below, ada sort of ringkasan cerita lah pasal this.


NOTE THAT:: bukan aku yang tulis plus, i just took this directly from a group on FB.


Siapa dia adik Aminulrasyid :
 - berumur 15 tahun
- bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam
- menurut guru2 dan rakan2 beliau yang ada di dalam group ini, arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah

Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :


-Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.
-Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
-Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Bagaimana laporan media pengampu :
- tunjukkan seolah2 arwah jahat dan penyamun
- laporan bercanggah satu sama lain
- laporan yang menyinggung hati keluarga arwah



Got the picture? ok.mari proceed...sebelum anything bad happen or you people start judging me, ketahuilah bahawa this is my opinion,nothing got to do with anything.sekali lagi, 

PAN-DA-NGAN!

Sebenar-benarnya, aku pelik kenapa orang marah sangat dengan pihak polis. Dah memang terang-terangan which ever ways, it was a mistake. Salah faham! Pernah dengar tak pepatah:
If you want to point fingers to others, make sure your hand is clean!

Well,true, it was a tragedy...but bila benda macam ni berlaku, logik kah kalau kita nak salahkan polis? Rationally lah kan, even sekejam mana pun polis, takkan lah diorang willing untuk shot to death a boy? 

The thing is, yang tak boleh tahan nya, group-group di Facebook. To me, words yang diorang pakai sangat lah (tafsir sendiri.). Siap ada yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan atas Polis-polis yang terlibat! Fuuyoh! Sampai macam tu sekali impak kes nih. Ada juga yang accuse medias manipulating the story lah... Rasanya banyak lagi assumptions yang i never find out.


Apa-apa pun, ingatlah, setakat mana je yang kita tahu? Boleh ke kita nak tentu kan pihak mana benar pihak mana salah? tak,bukan? Oleh itu, just tunggu dan lihat. Lagipun, dah ada suruhanjaya Penyiasatan kan? Stop lah tuduh-tuduh...Fitnah tu...Kalau hukum hudud bagi perbuatan menfitnah apa ye?


p.s. renung-renungkan!dan selamat beramal!^^
      harap maklum.ayat aku tunggang langgang sbb kne control.Nanti tak pasal aku pulak kena sue!

2 comments:

nn said...

diorang yang cakap pasal hudud tu pun tak habis belajar lah tu sebab mana ada bukti polis tu berniat nak bunuh kan.

Fynn said...

betol tuh...
emosi lebeh..haha